Pegangan Hidupku....

Wanita solehah adalah wanita ibarat epal.
Epal yang x berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah.
Tapi epal yang x mampu dibeli berada dipuncak, susah dipetik, susah digapai.
Kadang2 epal 2 risau kenapa diriku belum dipetik?
Lantas ia merndahkan martabatnya & menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya hingga x de siapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan didunia tapi diakhirat.
Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta ILLAHI mengiringinya...

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 14, 2010

Ikatan Murni

Bermusim telah berlalu

Hari ini kian indah warnanya

Tulus cinta yang didamba

Bertemu bahagia


Prasangka telah berakhir

Sangsi hati kian jauh menyisih

Kata janji yang terpatri

Menyimpul ikatan murni


Ku mengharap hanya pada yang menyinta

Ku merindu hanya pada yang mengasih

Ku memohon hanya pada mu Ilahi

Moga diberkati jalinan yang suci


Ku berteduh bawah pohon yang merimbun

Ku bergantung pada dahan yang terkukuh

Ku bersandar hanya pada mu Kekasih

Pimpin diri ini ke arah yang pasti


Dengan redha ku pasrah segalanya

Agar dikau temui ketenangan yang dikau cari


Disuburi benih cinta yang tersemai

Disirami hujan kasih dan sayang

Disurami dengan keteguhan iman

Demi syurgaku di sisimu selamanya...

No comments:

Post a Comment